Metodologi Dakwah Dalam Al-Quran
Maksud Metodologi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.
Antara Metodologi Dakwah Dalam Islam:
1. Al-Hikmah
2. Al-Mau'izah Al-Hasanah
3. Al-Mujadalah
Al-Hikmah
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan al-hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk” Surah al-Nahl (16): 125.

Pengertian
1. Bahasa : Kebijaksanaan, pendapat yang baik, pengetahuan,falsafah, kenabian, keadilan, Al-Quran.
2. Istilah : Perkataan yang jelas disertai dengan bukti( dalil wahyu) atau pandangan yang dapatmemperjelaskan kebenaran menghilangkan keraguan.
Konsep Al-Hikmah
Sistem yang menyatupadukan diantara teori dan praktikal dakwah secara selari mengikut kepada keadaan dan sasaran dakwah dengan bijaksana.
Cara untuk menyampaikan dakwah secara Hikmah
1. Melihatkan suasana persekitaran dan keadaan sasaran dakwah.
2. Maklumat yang hendak disampaikan perlu mengikut sekadar kemampuan mereka dan tidak membebankan mereka.
3. Cara penyampaian haruslah pelbagai mengikut keperluan

Al-Mau'izah Al-Hasanah
Pengertian
1. Bahasa : Menasihati, mengingatkan akibat sesuatu perbuatan, suruhan untuk mentaati dan wasiat melakukan ketaatan.
1. Istilah : Mengajak manusia dengan memberi motovasi dan menimbulkan rasa takut atas perbuatan buruk yang dilakukan secara kelembutan tanpa kekasaran.
Maksud Lain Bagi Al-Mau'izah Al-Hasanah
merupakan cara yang berkesan yang dapat memuaskan jiwa sasaran dan merangsang rasa ingin dalam jiwanya untuk mengikuti jalan yang benar dan membuat kebaikan serta menjauhi diri daripada kemungkaran, kerosakan dan kejahatan.

Jenis Nasihat
1. Baik
2. Tidak Baik/kasar
Kelebihan Al-Mau'izah Al-Hasanah
1. Cara dakwah yang disenangi kerana ia mendekatkan manusia kepada kebenaran dan tidak menjauhkannya daripada dakwah.
2. Ia dapat masuk kedalam hati dengan kelembutan tetapi tegas dalam hal-hal larangan.
3. Ia tidak memburuk-burukkan dan menjatuhkan maruah dan membongkar kesalahan orang lain.
Unsur Al-Mau'izah Al-HAsanah
1. Nasihat
2. Bimbingan dan nasiaht
3. Kisah-kisah
4. Khabar gembira
5. Wasiat atau pesanan-pesanan yang positif
Al-Mujadalah
Pengenalan
Bahasa: Diskusi, debat, atau dialog
Istilah: Berdialog dan berdikusi agar mereka patuh dan tunjuk serta bukan bertujuan mencari kemenangan tetapi mencari kebenaran.
Kelebihan Al-Mujadalah
a. Perdebatan yang disetujui ialah perdebatan yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan makrifat yang mantap. Jika tidak, tidak boleh dilakukan dengan pendekatan ini.
b. Mengemukakan hujah-hujah yang dapat memuaskan sasaran. Sesungguhnya, asal pada pendekatan ini adalah berdasarkan hujah yang jelas, terang dan kukuh.
c. Mendapatkan kesan yang pelbagai seperti mendapat kepuasan dengan hujah yang dikemukakan, mendapat manfaat dari ilmu pengetahuan melalui persoalanpersoalan yang dikemukakan dan mendapat persepakatan tanpa fanatik kepada pandangan.

Comments
Post a Comment