Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

Pengertian

Bentuk sesuatu isi atau mesej dipersembahkan atau disampaikan kepada sasaran. Isi dakwah yang terdiri daripada akidah, syariah, dan akhlak boleh dikemukakan kepada sasaran dengan pelbagai gaya persembahan. Metode pada gaya persembahan bermaksud uslub dengan pengertian yang khusus. Muhammad Khair Ramadan menerangkan bahawa uslub yang cantik itu ialah percakapan yang sesuai untuk memberikan kefahaman kepada sasaran. Ia bererti bahawa pemikiran yang dibawa adalah jelas, kalimah percakapan fasih, susunan ayat selaras dan seimbang,bahasa yang digunakan indah,adanya keselarasan antara keindahan kandungan dan kecantikan bahasa, serta penggunaan kata dan ayat yang indah, sehingga boleh memberi kesan yang baik dalam diri sasaran.

Asas Gaya Persembahan

1. Asas gaya persembahan bermaksud uslub dengan makna khas. Ianya dipanggil khas kerana cara dipersembahkan kepada sasaran, tanpa menyentuh sudut-sudut yang lain.
2. Ia dipersembahkan dalam keadaan yang menarik,tiada kejemuan, diminati dan disukai oleh semua orang.

-> https://padlet.com/muskidr/t3beo6txqu0r

Comments

Popular posts from this blog

Metodologi Dakwah Dalam Al-Quran

Pengenalan Kepada Al-Quran