Pengenalan Kepada Al-Quran

PENGERTIAN AL-QURAN

Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir melalui perantara Malaikat Jibril a.s yang dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah Al-Nas serta membacanya dikira ibadah dan ia merupakan mukjizat baginda s.a.w.



NAMA LAIN BAGI AL-QURAN

  • Al-Kitab
  • Al-Huda
  • Al-Furqan
  • Ar-Rahmah
  • An-Nuur
  • Al-Ruh
  • Asy-Syifa’
  • Al-Haq
  • Al-Bayan
  • Al-Mau’izah
  • Al-Zikr
  • Al-Busyraa

KEDUDUKAN AL-QURAN
Al-Quran merupakan sumber rujukan wahyu utama untuk sekelian manusia. Oleh itu, wajib ke atas setiap manusia untuk menerima dan beramal dengan al-Quran kerana ia merupakan petunjuk kepada manusia meliputi segenap aspek kehidupan manusia di dunia. Barangsiapa yang tidak menerima Al-Quran maka ia dikira telah kufur kepada Allah bahkan mempercayainya adalah salah satu daripada elemen keimanan kepada Allah SWT



SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
  • Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar ke Baitul ‘Izzah (langit dunia) dan diturunkan kepada Rasulullah SAW secara mutawatir selama 23 tahun.
  • Ayat pertama diturunkan adalah pada hari Isnin bersamaan malam ke 21 Ramadhan 13 tahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah
  • Ayat pertama diturunkan adalah dari surah al-’Alaq dan sebanyak 5 ayat diturunkan kepada baginda.
  • Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.
  • Mempunyai dua masa penurunan iaitu Makkiyyah dan Madaniyyah


PENULISAN AL-QURAN
  • Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Amir bin Fuhairah, Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka’b, Mu’awiyah bin Abu Sufyan, Zubair bin Awwam, Khalid bin al-Walid, dan ‘Amr bin ‘As bertugas sebagai juru tulis al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. 
  • Al-Quran mula giat dihimpunkan pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq atas faktor para huffaz al-Quran semakin berkurangan dan terkorban dalam peperangan.
  • Ia diketuai oleh Zaid bin Thabit dan terhasillah mushaf Abu Bakar al-Siddiq.
  • Pada zaman Khalifah Utman Ibnu ‘Affan, Al-Quran diteliti semula, disusun mengikut susunan surah dan dinilai serta mula giat ditulis dan dikembangkan ke serata wilayah pemerintahan Islam. Ia dikenali sebagai Mashaf Uthman.


CIRI-CIRI UTAMA AL-QURAN 
  • Mengandungi 114 surah.
  • Dimulai dengan surah al-Fatihah.
  • Diakhiri dengan surah al-nas.
  • Bilangan ayat adalah sebanyak 6236.
  • Membincangkan mengenai aqidah, syariat, doa dan zikir, cerita dan sebagainya.
  • Boleh dibaca di dalam solat.
  • Membaca dan memegangnya hendaklah dalam keadaan berwudhuk

Comments

Popular posts from this blog

Metodologi Dakwah Dalam Al-Quran

Tekno-Daie dan Keperluannya Pada Masa Kini