Tekno-Daie dan Keperluannya Pada Masa Kini


  • Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan satu fenomena baru, seterusnya mewujudkan dunia tanpa sempadan. 
  • Menurut Sheikh Mohd. Saifuddeen (2003) tekno-daie bukan sahaja dikatakan seseorang yang mempunyai pengetahuan agama disamping pengetahuan tentang teknologi, malahan juga boleh berkemungkinan merupakan satu kumpulan individu atau jemaah yang mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. 
  • Dalam kumpulan tersebut boleh jadi ada yang pakar bidang agama dan ada juga yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi. Maka kedua-dua bidang ini digabungkan dan boleh membentuk satu bahan dakwah atau hasil dakwah yang inovatif, kreatif dan menarik untuk disampaikan kepada masyarakat menggunakan teknologi terkini. 

         Ciri-ciri yang perlu ada pada diri tekno daie antaranya: 
  •  Mempunyai ilmu mengenai Islam sama ada mendalam  atau asas.
  •  Menguasai ICT seiring dengan perkembangan teknologi.
  •  Berminat dengan teknologi.
  •  Mengikuti perkembangan  teknologi khususnya ICT.
  •  Tidak menyalahgunakan teknologi bagi kepentingan diri, 
  •  Mempunyai kod etika dan akhlak yang baik yang  ditonjolkan menerusi 'produk' dakwah  berasaskan  teknologi yang dihasilkan. (Isma Rosila Ismail, 2005,  Masa depan tekno daie di  Malaysia)
  • Konsep tekno-daei ini tidak hanya digalas oleh golongan pendakwah profesional sahaja, malah seluruh umat Islam yang mempunyai kemahiran asas atau terperinci tentang Islam dan menyebarkan dengan menggunakan medium teknologi agar informasi tentang Islam dapat disebarkan. 
  • Sebagai contohnya, alim ulama' menyediakan bahan kandungan, manakala pakar teknologis berperanan dalam menyediakan hasil menggunakan teknologi ICT terkini.
  • Kerajaan, badan-badan NGO dan pihak-pihak yang bertanggung jawab perlu mengadakan kursus-kursus atau projek kemahiran untuk melahirkan lebih ramai pakar Islam dalam bidang teknologi.

Comments

Popular posts from this blog

Metodologi Dakwah Dalam Al-Quran

Pengenalan Kepada Al-Quran

Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah