Dakwah Melalui Multimedia
- Multimedia mula dianggap sebagai wahana penyebaran dakwah yang berkesan.
- Perkembangannya semakin menonjol sejak tahun 1978 iaitu dengan pelancaran cakera-video Laservision oleh sebuah syarikat bernama Philips.
- Buat pertama kalinya iaitu bermula tahun 1960an kemudahan multimedia telah digunakan menerusi gabungan slaid dan pita video.
- Kini aplikasinya semakin menarik dan canggih terutama dalam bidang pengkomputeran dan komunikasi kerana ia boleh dilaksanakan menerusi proses penyatuan atau pengintegrasian media atau maklumat dalam pelbagai jenis (dalam bentuk digital) kepada satu format.
- Mashkuri Hj. Yaakub (1999) dalam artikelnya bertajuk 'Multimedia dari Perspektif al-quran menerangkan definisi multimedia secara yang lebih teknikal iaitu:
- Para pendakwah perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan potensi yang ada pada multimedia dan digabungkan dengan aplikasi teknologi yang lain untuk menarik perhatian golongan sasaran.
- Antaranya ialah komputer peribadi bermultimedia (berkuasa tinggi,bercip kuasa tinggi dengan kelebihan "MMX", ada kad bunyi,"speaker", skrin monitor berkualiti dan perisian multimedia yang berkaitan.)
- Seterusnya perisian yang khusus untuk mengolah dan merekacipta hasil gabungan data seperti teks, bunyi, grafik dan video atau animasi.
- Disamping itu, bagi memastikan maklumat bermultimedia dapat disalurkan dengan cepat dan lebih pantas kepada komputer-komputer lain, prasarana dan sistem rangkaian atau jaringan yang baik diperlukan.
- Pendakwah perlu melakukan anjakan paradigma dalam proses penyebaran dakwah memandangkan masyarakat kini lebih terdedah dengan penggunaan teknologi khususnya multimedia sebagai pemangkin penyebaran maklumat yang bersifat semasa.
- Medium tegur-menegur , nasihat menasihati dan medium untuk mar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
- Setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai teknologi multimedia, bukan sahaja sebagai pengguna, sebaliknya bertindak sebagai pembangunan sistem maklumat dan perisian yang berkonsepkan islam serta menggarapkan tasawwur islam melalui penggunaan multimedia.
Comments
Post a Comment