Posts

Pengenalan Kepada Al-Quran

PENGERTIAN AL-QURAN Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir melalui perantara Malaikat Jibril a.s yang dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah Al-Nas serta membacanya dikira ibadah dan ia merupakan mukjizat baginda s.a.w. NAMA LAIN BAGI AL-QURAN Al-Kitab Al-Huda Al-Furqan Ar-Rahmah An-Nuur Al-Ruh Asy-Syifa’ Al-Haq Al-Bayan Al-Mau’izah Al-Zikr Al-Busyraa KEDUDUKAN AL-QURAN Al-Quran merupakan sumber rujukan wahyu utama untuk sekelian manusia. Oleh itu, wajib ke atas setiap manusia untuk menerima dan beramal dengan al-Quran kerana ia merupakan petunjuk kepada manusia meliputi segenap aspek kehidupan manusia di dunia. Barangsiapa yang tidak menerima Al-Quran maka ia dikira telah kufur kepada Allah bahkan mempercayainya adalah salah satu daripada elemen keimanan kepada Allah SWT SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar ke Baitul ‘Izzah (langit dunia) dan diturunkan kepada Ras...

Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

Pengertian Bentuk sesuatu isi atau mesej dipersembahkan atau disampaikan kepada sasaran. Isi dakwah yang terdiri daripada akidah, syariah, dan akhlak boleh dikemukakan kepada sasaran dengan pelbagai gaya persembahan. Metode pada gaya persembahan bermaksud uslub dengan pengertian yang khusus. Muhammad Khair Ramadan menerangkan bahawa uslub yang cantik itu ialah percakapan yang sesuai untuk memberikan kefahaman kepada sasaran. Ia bererti bahawa pemikiran yang dibawa adalah jelas, kalimah percakapan fasih, susunan ayat selaras dan seimbang,bahasa yang digunakan indah,adanya keselarasan antara keindahan kandungan dan kecantikan bahasa, serta penggunaan kata dan ayat yang indah, sehingga boleh memberi kesan yang baik dalam diri sasaran. Asas Gaya Persembahan 1. Asas gaya persembahan bermaksud uslub dengan makna khas. Ianya dipanggil khas kerana cara dipersembahkan kepada sasaran, tanpa menyentuh sudut-sudut yang lain. 2. Ia dipersembahkan dalam keadaan yang menarik,tiada kejemuan...

Metodologi Dakwah Dalam Al-Quran

Maksud Metodologi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang  merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.  Antara Metodologi Dakwah Dalam Islam: 1. Al-Hikmah 2. Al-Mau'izah Al-Hasanah 3. Al-Mujadalah Al-Hikmah  “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan al-hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dial...

Tekno-Daie dan Keperluannya Pada Masa Kini

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan satu fenomena baru, seterusnya mewujudkan dunia tanpa sempadan.  Menurut Sheikh Mohd. Saifuddeen (2003) tekno-daie bukan sahaja dikatakan seseorang yang mempunyai pengetahuan agama disamping pengetahuan tentang teknologi, malahan juga boleh berkemungkinan merupakan satu kumpulan individu atau jemaah yang mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri.   Dalam kumpulan tersebut boleh jadi ada yang pakar bidang agama dan ada juga yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi. Maka kedua-dua bidang ini digabungkan dan boleh membentuk satu bahan dakwah atau hasil dakwah yang inovatif, kreatif dan menarik untuk disampaikan kepada masyarakat menggunakan teknologi terkini.           Ciri-ciri yang perlu  ada pada diri tekno daie antaranya:    Mempunyai ilmu mengenai Islam sama ada mendalam  atau asas.  Menguasai ICT seiring dengan perkembangan tekn...

Dakwah Melalui Multimedia

Multimedia mula dianggap sebagai wahana penyebaran dakwah yang berkesan.  Perkembangannya semakin menonjol sejak tahun 1978 iaitu dengan pelancaran cakera-video Laservision oleh sebuah syarikat bernama Philips.  Buat pertama kalinya iaitu bermula tahun 1960an kemudahan multimedia telah digunakan menerusi gabungan slaid dan pita video.  Kini aplikasinya semakin menarik dan canggih terutama dalam bidang pengkomputeran dan komunikasi kerana ia boleh dilaksanakan menerusi proses penyatuan atau pengintegrasian media atau maklumat dalam pelbagai jenis (dalam bentuk digital) kepada satu format. Mashkuri Hj. Yaakub (1999) dalam artikelnya bertajuk 'Multimedia dari Perspektif al-quran menerangkan definisi multimedia secara yang lebih teknikal iaitu:    "Sistem multimedia dicirikan sebagai dikawal komputer, penghasilan bersepadu, pengolahan, persembahan, penstoran dan komunikasi bagi maklumat bebas yang dikodkan sekurang-kurangnya menerusi perantara selanja...

Suruhan Membaca Al-Quran

Image
Firman Allah SWT : Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya  , mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Qs 2 :121)